Kalau di sebut je smartphone memang tak sah lagi ia memerlukan aksesori-aksesori tambahan, jika tiada aksesori ni maka kureng lengkaplah kepintaran telefon pintar anda....JOM tengok apa yang di katakan aksesori tambahan ni.....
Berikut adalah beberapa aksesori tambahan untuk smartphone anda. Adakah anda sudah memilikinya??
1. Pengecas tanpa wayar
2. Powerbank
4. Pengecas henfon di kereta
Berikut adalah beberapa aksesori tambahan untuk smartphone anda. Adakah anda sudah memilikinya??
1. Pengecas tanpa wayar
Pengecasan tanpa wayar, ataupun lebih dikenali dalam terma berbahasa Inggeris – wireless charging semakin popular akhir-akhir ini, dengan lebih banyak peranti baru, seperti Lumia 920, Galaxy S3 dan beberapa yang lain membawakan sokongan untuknya.
2. Powerbank
Powerbank adalah satu alat yang menyimpan kuasa elektrik. Oleh kerana smartphone ni
cepat kehabisan bateri, Fungsi powerbank adalah untuk mengecas handphone atau gajet
anda semasa anda berada di luar rumah atau pejabat. Pendek kata, dengan adanya Power
Bank ini anda tidak perlu mencari plug point untuk mengecas gajet anda. Anda boleh
mengecas gajet anda pada bila-bila masa dan dimana-mana sahaja. Sangat mudah dan anda tak perlu risau kehabisan bateri apabila berada di luar.
3. Smartwatch
Dikenali sebagai SmartWatch, jam tangan pintar ini boleh dihubungkan dengan telefon bimbit anda dan membolehkan anda melihat dan mengakses fungsi-fungsi pilihan telefon anda, seolah-olahmenjadi perkara yang paling 'cool' dalam dunia aksesori mudah alih pada masa ini.
Ia mempunyai skrin 1.3 inci multi-sentuh paparan OLED yang membolehkan anda mengakses fungsi telefon anda seperti panggilan, mesej, muzik serta aplikasi rangkaian sosial seperti Twitter danFacebook.
Ia mempunyai skrin 1.3 inci multi-sentuh paparan OLED yang membolehkan anda mengakses fungsi telefon anda seperti panggilan, mesej, muzik serta aplikasi rangkaian sosial seperti Twitter danFacebook.
4. Pengecas henfon di kereta
Kit pengecas handphone dikereta amat penting apabila bateri low semasa perjalanan anda ke destinasi yang amat jauh.
5. Lensa camera
Bagi mereka yang meminati mengambil gambar. lensa ini akan membuatkan kamera biasa anda menjadi lensa pelbagai
6. USB driver | flash OTG
Alat ini berfungsi sebagai memori tambahan apabila memori henfon anda kekurangan dan juga fungsi anda penyimpan file untuk henfon anda
7. Card reader
Card reader ini digunakan untuk menyambungkan kad memori anda kepada komputer untuk penyimpanan file atau memindahkan file
8. Monopod
Bagi mereka yang minat ber"selfie"
9. Bluetooth Headphone
Mendengar musik tanpa ganguan wayar yang berbelit-belit dan penggunaan yg selesa tanpa wayar
10. USB cable
Digunakan untuk menyambungkan kad memori anda kepada komputer untuk penyimpanan file atau memindahkan file
11. Phone case
Menampakan smartphone anda lebih bergaya dan terkini
12. Pen stylus
Memudahkan anda untuk swipe skrin henfon dan lebih lancar
13. Mini speaker
Sebagai alat tambahan kepada speaker henfon anda yg kurang kuat bunyi. Nampak kecik tapi bleh buat disko beb!!