Syahadah ialah pengakuan tentang
keesaan Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW sebagai Rasulnya. Dengan mengucapkan
dua kalimah syahadah sahlah seseorang itu sebagai seorang Muslim. Maka segala kefardhuan dalam islam menjadi wajib ke atasnya
dengan kata lain mesti dilaksanakan.
أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلَهَ إِلَّا الله
وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَّسُوْلُالله
Maksudnya : Aku bersaksi bahawa
tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.
Kita wajib mengakui bahawa tiada
tuhan melainkan Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW itu pesuruh Allah.
Syahadah pada bahasa membawa maksud
: iqrar, pengakuan dan keyakinan.
Pada istilah pula syahadah ialah
pengakuan tentang keesaan Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW itu sebagai rasulnya.
Orang yang mengucap dua kalimah
syahadah wajib yakin dengan erti kalimah dan mengamalkannya.
Mengucap dua kalimah syahadah ialah
syarat seseorang itu memeluk agama Islam dan dipanggil muslim.
Terdapat beberapa perkara yang
dituntut di dalam kalimah syahadah :
1.
Amar
maaruf dan nahi mungkar.
[
Amar Ma`ruf (mengajak kepada perbuatan baik) Nahi Munkar (mencegah perbuatan
buruk) ]
2.
Sentiasa
bersyukur atas segala rahmatnya.
3.
Menjadikan
al-Quran dan hadis sebagai pegangan.
4. Menjadi hamba Allah SWT yang taat dan seti
menjalankan perintahnya.
Sebab yang mewajibkan orang Islam
mengucapkan dua kalimah syahadah kerana :
* Syahadah adalah tanda seseorang
itu beragama Islam.
* Dalam solat kita mengucapkan dua
kalimah syahadah.
0 comments:
Post a Comment