Earn Cash when u share ads | setiap iklan yang anda share akan dibayar

bismilah

bismilah

Monday 30 June 2014

Nabi Muhammad SAW bersabda "sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak''  

hadis riwayat Ibnu Majah

Doa berbuka puasa:




''Allahumma laka sumtu wa bika amantu wa 'alaa rizqika

afthortu birahmatika Ya arhamarrohimin''

Ertinya:

 ''Ya Allah, kerana Engkau aku berpuasa dan di atas rezeki-Mu aku berbuka, dengan rahmat Engkau wahai yang maha mengasihi''

Thursday 26 June 2014


Solat (bahasa Arab: صلاة‎; pl. ṣalawāt) merujuk kepada sembahyang dalam agama Islam. Solat terbahagi kepada solat fardu dan solat sunat. Solat fardu diwajibkan ke atas orang Islam yang baligh dan berakal sebanyak 5 kali sehari pada waktu-waktu tertentu. Solat fardhu merupakan Rukun Islam yang ke-2 dari lima Rukun Islam.

Solat fardhu yang wajib didirikan ialah solat lima waktu sehari semalam, iaitu subuh, zohor, asar, maghrib dan isyak.

Sekiranya seseorang tertinggal solat fardhu, wajib baginya untuk mengulangkannya dengan niat qada.
Bagi mereka yang musafir, mereka diharuskan bagi solat dengan menqasar dan menjamakkannya.

Waktu-waktu solat

Solat Zohor Waktunya dimulai sejak matahari tergelincir ke barat dan berakhir di saat bayangan sesuatu benda itu sama betul panjangnya dengan benda itu
.
Solat Asar Waktunya dimulai setelah waktu Zohor habis, iaitu ketika bayangan sesuatu benda sama panjang dengan bendanya dan berakhir setelah terbenamnya matahari.

Solat Maghrib Waktunya dimulai setelah terbenamnya matahari dan berakhir apabila mega merah telah hilang.

Solat Isyak Waktunya dimulai setelah hilangnya mega merah sampai terbitnya fajar shadiq.

Solat Subuh Waktunya dimulai setelah terbit fajar shadiq sampai terbitnya matahari.

Syarat wajib solat
1. Islam
2. Baligh
3. Berakal
4. Suci daripada haid dan nifas bagi perempuan

Syarat sah solat

Suci dan bersih badannya dari hadas besar dan kecil – Ertinya seseorang itu telahpun berwuduk dan mandi hadas. Sabda Rasulullah s.a.w.
"Allah tidak menerima solat seseorang dari kamu, apabila dia berhadas sehingga dia berwuduk" (H.R. Bukhari,Muslim).

Suci dan bersih pakaian serta tempat solat dari najis – Orang yang mendirikan solat wajib suci pakaian dan tempat solatnya dari najis, kecuali najis yang dimaafkan seperti darah yang sedikit, kotoran yang melekat pada kaki dan sebagainya. Dalam kaedah feqah disebutkan bahawa "kesukaran itu dapat menarik keringanan", oleh itu najis yang dimaafkan itu tidak membatalkan solat.

Menutup aurat – Adapun menutup aurat bagi wanita ialah seluruh tubuhnya kecuali muka dan kedua tapak tangan. Manakala aurat lelaki ialah diantara pusat hingga lutut. Batas ini paling penting dan wajib ditutup dalam solat. Firman Allah s.w.t.
"Wahai manusia, pakailah perhiasan mu ketika hendak solat di masjid" (Al-A'raf:31).

Menghadap Kiblat – Ketika mendirikan solat, kita diwajibkan menghadap kiblat iaitu Kaabah berdasarkan firman Allah s.w.t.
"Maka hadapkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram (Kaabah)" (Al-Baqarah:144).

Yakin bahawa waktu solat telah masuk – Dengan yakin telah masuk waktu solat fardu yang hendak dilaksanakan.
(nota: sekiranya sesudah tamat solat, lalu disedari perkara yang tersebut di atas terjadi - misalnya didapati ada najis di sejadah - maka perlulah diulangi solat itu kerana ia tidak menepati syarat sah solat)

Perkara yang membatalkan solat
1. Keluar/kedatangan hadas besar atau kecil.
2. Berkata-kata dengan sengaja walau sedikit yang memberi faham, atau ketawa.
3. Makan/minum dengan sengaja membatalkan solat.
4. Melakukan pergerakan di luar rukun solat tiga kali berturut-turut(mutawaliyat).
5. Berniat keluar dari solat (mufaraqah).
6. Terkena najis yang tidak dimaafkan pada badan, pakaian dan tempat solat.
7. Beralih arah dari kiblat dengan sengaja (berpaling dada).
8. Terbuka aurat dengan sengaja, atau tidak sengaja tetapi tidak segera ditutup.
9. Berubah niat dari satu solat ke solat yang lain.
10. Meninggalkan rukun solat.
11. Murtad

Rukun solat

Rukun solat terbahagi kepada tiga kategori:
1. Qalbi (diingat dalam hati)
2. Qauli (diucap dengan lidah)
3. Fi'li (perbuatan)

Rukun solat ada 13 perkara iaitu:
1. Berdiri bagi yang mampu. [Fi'li]
2. Niat.[Qalbi]
3. Takbiratul Ihram (Allahu Akhbar yang pertama). [Qauli]
4. Membaca surah Al-Fatihah. [Qauli]
5. Rukuk dengan tama'ninah .[Fi'li]
6. Iktidal dengan tama'ninah. [Fi'li]
7. Sujud dengan tama'ninah. [Fi'li]
8. Duduk di antara dua sujud, dengan tama'ninah. [Fi'li]
9. Duduk Tasyahhud akhir. [Fi'li]
10. Membaca bacaan Tasyahhud Akhir. [Qauli]
11. Selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. dalam Tasyahhud Akhir. [Qauli]
12. Mengucapkan salam yang pertama. [Qauli]
13. Tertib [Qalbi]

Note:tama'ninah = berhenti seketika (sekadar menyebut subhanallah)
Pada mazhab Maliki dan Hanafi, baca fatihah rukun bagi solat perseorangan sahaja. Tidak rukun bila solat berjemaah, bila imam baca makmum dengar sahaja berdasarkan Al-Quran; "Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat." (Al-A'raaf/7:204).

Perkara makruh ketika solat
Berpaling ke kiri atau ke kanan (kecuali ketika Salam).
Memandang ke atas (mendongak).
Berdiri menggunakan sebelah kaki sahaja.
Berludah ke hadapan atau ke belah kanan.
Berlebih-lebihan membongkok dan menundukkan kepala ketika rukuk.
Bercekak pinggang.
Menyinsingkan kain atau baju.
Bersembahyang ketika hadir makanan (makanan dihidangkan).
Bersembahyang ketika berasa hendak qadha' hajat (membuang air).
Ada juga yang mengatakan adalalah makruh ketika solat sambil menutup mata.

Persediaan sebelum menunaikan solat
Berpakaian sopan dan menutup aurat.
Berwuduk.
Duduk di atas tapak solat yang bersih (seperti diatas tikar sejadah) sambil berzikir, bertahmid,
        bertakbir, berselawat dan memuji Allah.(sekiranya ada waktu yang terluang).
Berdiri (bagi mereka yang mampu) dan membaca niat waktu solat.
Iqamat dan membaca ayat Kursi(2:255), Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq, Surah An-Nas (bagi              menghalangi syaitan dan jin dari mengganggu solat).
Mengangkat takbiratul ihram dan memulakan solat.
        Perkara yang dilakukan selepas menunaikan solat
Selepas memberi salam,digalakkan untuk duduk berzikir, bertahmid, bertakbir, berselawat dan               memuji Allah.(sekiranya ada waktu yang terluang).
Membaca Al-Quran.
Berdoa kepada Allah dengan sebaik mungkin serta mengharapkan keampunan dan rahmat                     dariNya.

niat

Berikut ialah niat dalam setiap solat yang dilakukan.

a. Solat Subuh
تعالي  لله  أداء  ركعتين الصبح  فرض  اصلي
Usalli fardhus subhi rak'ataini adaan lilahi taala
"Sahaja aku sembahyang Fardhu Subuh dua rakaat tunai kerana Allah Taala".

b. Solat Zohor
تعالي لله أداء   ركعات  أربع الظهري  فرض  اصلي
Usalli fardhal zuhri arba'a raka'atin adaan lilahi taala
"Sahaja aku sembahyang Fardhu Zohor empat rakaat tunai kerana Allah Taala".

c. Solat Asar
تعالي لله أداء   ركعات  أربع العصر فرض  اصلي
Usalli fardhal asri arba'a raka'atin adaan lilahi taala
"Sahaja aku sembahyang Fardhu Asar empat rakaat tunai kerana Allah Taala".

d. Solat Maghrib
 تعالي  لله أداء  ركعات ثلاث المغرب  فرض  اصلي
Usalli fardhal maghribi thalatha raka'atin adaan lilahi taala
"Sahaja aku sembahyang Fardhu Maghrib tiga rakaat tunai kerana Allah Taala".

e. Solat Isyak
تعالي لله أداء   ركعات  أربع العشاء فرض  اصلي
Usalli fardhal isyai arba'a raka'atin adaan lilahi taala
"Sahaja aku solat Fardhu Isyak empat rakaat tunai kerana Allah Taala".


 Takbiratul Ihram

Allahu Akbar  (أكبر الله) Maksudnya: Allah Maha Besar
Untuk lelaki Hujung jari telunjuk separas cuping telinga.
* Takbiratul Ihram bagi Perempuan. Tangan diangkat dengan hujung jari telunjuk separas bahu serta merapatkan lengan dan siku kebadan.
Ketika mengangkat Takbiratul Ihram. Lintaskan didalam hati niat kita bersembahyang. Contohnya: Sahaja aku sembahyang fardhu Isya' 4 rakaat bersendirian kerana Allah. Dan lintaskan didalam hati niat sembahyang tersebut serentak dengan Takbiratul Ihram itu.




TANGAN DI LETAKKAN DI ATAS PERUT (Atas sedikit dari aras PUSAT)


perempuan 


lelaki

Selepas kita melakukan takbiratul ihram, kedua belah tangan disedekapkan, iaitu tangan kanan diletakkan di atas tangan kiri, antara pergelangan tangan kiri . Dalam keadaan yang demikian kita membaca doa iftitah (doa pembukaan).

Allahu Akbar kabiraw walhamdu lillahi kathiraw wasubhanallahhi bukratau waasila. Wajjahtu wajhia lillazi fataras sama wati wal ardha hanifam muslimaw wama ana minal musyrikin. Inna solati wanusuki wamahyaya wammamati lillahi rabbil'alamin. La syarikalahu wabiza lika umirtu wa ana minal muslimin.

Maksudnya:
Allah Maha Besar sebesar-besarnya. Dan puji-pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya. Dan maha suci Allah siang dan malam. Kuhadapkan mukaku, kepada yang menjadikan langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah kepada Allah dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah. Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku kuserahkan hanya pada Allah tuhan seru sekelian alam. Sekali- kali tidaklah aku
menyekutukanNya . Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Muslim (Islam).

Membaca surah Al-Fatihah

1.       Bismilla hirrahma nirrahim.
2.       Alhamdulillahi rabbil 'alamin.
3.       Arrahma nirrahim.
4.       Maliki yaumiddin.
5.       Iyyaka na'kbudu waiyyaka nasta'in.
6.        Ihdinaufssiratal mustaqim.
7.       Siratal lazina an'amta'alaihim ghairil maghdubi 'alaihim waladdhalin. Amin(*).

Maksudnya:
1.         Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
2.         Segala puji-pujian bagi Allah tuhan seru sekelian alam.
3.         Yang maha pemurah lagi maha pengasih.
4.         Yang berkuasa pada hari pembalasan.
5.       Hanya Engkau sahaja wahai tuhan yang kami sembah dan hanya Engkau sahajalah tempat kami meminta pertolongan.
6.        Tunjukanlah kami jalan yang lurus.
7.       Iaitu jalan orang-orang terdahulu yang telah Engkau berikan nikmat, bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat. Amin (*) (Perkenankanlah permintaan Kami)
Sambutlah perkataan Amin bersama-sama jika sembahyang jemaah, tunggu selepas imam membacanya kemudian anda baca fatihah.(jika sembahyang zohor dan asar anda dikehendaki membaca sendiri selepas bacaan do'a iftitah).


Rukuk dengan tama'ninah .

TAKBIR kerana mahu rukuk
Allahu Akbar  (أكبر الله) Maksudnya: Allah Maha Besar

Tunduk dalam keadaan 90 darjah

Subahana rabbial 'azimi wabihamdih. (3 Kali)



Maksudnya: 

Maha suci Tuhanku yang Maha Agong dengan sifat kepujiannya.



Iktidal dengan tama'ninah.


IK'TIDAL (KEMBALI BERDIRI SELEPAS RUKUK)


BERDIRI SAMBIL MEMBACA DOA


Sami'allahu liman hamidah.


Maksudnya:
Allah mendengar orang yang memujinya


IKTIDAL (SELEPAS RUKUK
BERDIRI KEMBALI SEBELUM SUJUD)

Sambil membaca doa:

Rabbana lakalhamdu.
Ertinya:
Ya Tuhan kami, Bagimu segala puji.


Sujud dengan tama'ninah.

SUJUD (TUNDUK HINGGA KE PARAS LANTAI)


Sambil membaca doa:
Subhana rabbiyal a'kla wabihamdih (3 Kali).


Maksudnya:
Maha Suci Tuhanku yang Maha Mulia
dengan sifat kepujiannya.


Duduk di antara dua sujud, dengan 

tama'ninah.


DUDUK ANTARA DUA SUJUD
(Duduk seperti melutut)


Sambil membaca doa:

Rabbighfirli warhamni wajburni warfa'kni warzuqni
wahdini wa'afini wa'kfu 'anni.


Ertinya:
Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku

rezeki, pimpinlah aku, sihatkanlah aku dan ampunkanlah aku.


NOTA
Sujud kali kedua ;
Selepas sujud pertama hendaklah bangkit dan duduk antara dua sujud atau duduk istirahah, serta berdoa dengan doa tertentu. Setelah itu lakukan sujud kali kedua dengan cara sebagaimana sujud yang pertama.

Jika dalam rakaat pertama dan ketiga ; Bangkitlah untuk rakaat kedua atau atau keempat juga ketiga bagi solat maghrib dan dilakukan sebagaima rakaat pertama tadi dengan dimulakan membaca al-Fatihah dan seterusnya. Dalam rakaat ketiga tidak disunatkan membaca ayat-ayat dari alqur'an setelah selesai membaca
Al-Fatihah.


DUDUK TASYAHHUD AWAL 
(pada rakaat kedua)


Sambil membaca doa:

Attahiyatul mubarakatus solawatut taiyibatu laillah. Assalamu'alaika aiyuhan nabiyu warahmatullayhi wabarakatuh. Assalamu'alaina wa'la 'ibadillahis salihin. Asyahadu alla illaha illallah. Wa'asyhadu anna Muhammadar Rasulullah. Allahumma solli'ala  Muhammad.


Maksudnya:
Salam dan sejahtera, sembah bakti dan segala kebaikan bagi Allah. Salam atasmu wahai Nabi dan rahmat Allah dan keberkatanNya. Demikian pula mudah mudahan

dianugerahkan kepada kita dasn kepada segenap hamba-hambaNya yang soleh. Aku mengaku bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah. Dan aku mengaku bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Ya Allah berilah rahmat dan kesejahteraan kepada junjungan kita Nabi Muhammad.

 

Naikkan jari telunjuk apabila tiba kepada bacaan "Asyahadu alla illaha illallah"

setelah selesai membaca tahiyat awal terus bangun untuk rakaat ketiga


DUDUK TASYAHHUD AKHIR
(pada rakaat terakhir)


Sambil membaca doa:
Attahiyatul mubarakatus solawatut taiyibatu laillah. Assalamu'alaika aiyuhan nabiyu warahmatullayhi wabarakatuh. Assalamu'alaina wa'la 'ibadillahis salihin. Asyahadu alla illaha illallah. Wa'asyhadu anna Muhammadar Rasulullah. Allahumma solli'ala Muhammad wa'ala aliMuhammad. Kama sollaita'ala Ibrahim wa'ala aliIbrahim. Wabarik 'ala Muhammad wa'ala aliMuhammad. Kama barakta 'ala Ibrahim wa'ala aliIbrahim. Fil 'alamina  innaka hamidummajid.


Maksudnya:
Salam dan sejahtera, sembah bakti dan segala kebaikan bagi Allah. Salam atasmu wahai Nabi dan rahmat Allah dan keberkatanNya. Demikian pula mudah mudahan dianugerahkan kepada kita dasn kepada segenap hamba-hambaNya yang soleh. Aku mengaku bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah. Dan aku mengaku bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Ya Allah berilah rahmat dan kesejahteraan kepada junjungan kita Nabi Muhammad
dan keluarga Muhammad. Seperti apa yang telah Engkau anugerahkan kesejahteraan kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad. Seperti yang Engkau berkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Tinggi.


 

Naikkan jari telunjuk apabila tiba kepada bacaan "Asyahadu alla illaha illallah"



Mengucapkan salam


Setelah selesai baca TASYAHHUD AKHIR

Akhiri dengan MENGUCAP SALAM


SALAM PERTAMA


Assalamualaikum warahmatullah


Ertinya:
Sejahtera dan rahmat untukmu semoga dirahmati Allah


NOTA
Semasa ucap Assalamualaikum (muka hendaklah dihadapan jika tidak solat tidak sah)
Selepas itu baru lah ucap warahmatullah(muka pusing ke kanan)




SALAM KEDUA


Assalamualaikum warahmatullah


Ertinya:
Sejahtera dan rahmat untukmu semoga dirahmati Allah


NOTA
Semasa ucap Assalamualaikum (muka hendaklah dihadapan jika tidak solat tidak sah)
Selepas itu baru lah ucap warahmatullah(muka pusing ke kiri)



Syahadah ialah pengakuan tentang keesaan Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW sebagai Rasulnya. Dengan mengucapkan dua kalimah syahadah sahlah seseorang itu sebagai seorang Muslim. Maka segala kefardhuan dalam islam menjadi wajib ke atasnya dengan kata lain mesti dilaksanakan.

أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلَهَ إِلَّا الله
وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَّسُوْلُالله
Maksudnya : Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

Kita wajib mengakui bahawa tiada tuhan melainkan Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW itu pesuruh Allah.

Syahadah pada bahasa membawa maksud : iqrar, pengakuan dan keyakinan.

Pada istilah pula syahadah ialah pengakuan tentang keesaan Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW itu sebagai rasulnya.

Orang yang mengucap dua kalimah syahadah wajib yakin dengan erti kalimah dan mengamalkannya.

Mengucap dua kalimah syahadah ialah syarat seseorang itu memeluk agama Islam dan dipanggil muslim.


Terdapat beberapa perkara yang dituntut di dalam kalimah syahadah :

1.      Amar maaruf dan nahi mungkar.
[ Amar Ma`ruf (mengajak kepada perbuatan baik) Nahi Munkar (mencegah perbuatan buruk) ]

2.      Sentiasa bersyukur atas segala rahmatnya.

3.      Menjadikan al-Quran dan hadis sebagai pegangan.

4.      Menjadi hamba Allah SWT yang taat dan seti menjalankan perintahnya.

Sebab yang mewajibkan orang Islam mengucapkan dua kalimah syahadah kerana :
* Syahadah adalah tanda seseorang itu beragama Islam.

* Dalam solat kita mengucapkan dua kalimah syahadah.

1. Beriman dengan Allah subhanahu wa taala.
2. Beriman dengan para malaikat.
3. Beriman dengan kitab-kitab suci.
4. Beriman dengan para Rasul.
5. Beriman dengan Hari Akhirat.
6. Beriman dengan Qada' dan Qadar.



1. Mengucap dua kalimah syahadah.       

2. Mendirikan solat.

3. Menunaikan zakat.

4. Berpuasa di bulan Ramadhan.

5. Menunaikan haji di Mekah bagi yang mampu.