Earn Cash when u share ads | setiap iklan yang anda share akan dibayar

bismilah

bismilah

Tuesday 29 July 2014

Aksesori penting smartphone

Kalau di sebut je smartphone memang tak sah lagi ia memerlukan aksesori-aksesori tambahan, jika tiada aksesori ni maka kureng lengkaplah kepintaran telefon pintar anda....JOM tengok apa yang di katakan aksesori tambahan ni.....

Berikut adalah beberapa aksesori tambahan untuk smartphone anda. Adakah anda sudah memilikinya??

1. Pengecas tanpa wayar


Pengecasan tanpa wayar, ataupun lebih dikenali dalam terma berbahasa Inggeris – wireless charging semakin popular akhir-akhir ini, dengan lebih banyak peranti baru, seperti Lumia 920, Galaxy S3 dan beberapa yang lain membawakan sokongan untuknya.


2. Powerbank


Powerbank adalah satu alat yang menyimpan kuasa elektrik. Oleh kerana smartphone ni 
cepat kehabisan bateri, Fungsi powerbank adalah untuk mengecas handphone atau gajet 
anda semasa anda berada di luar rumah atau pejabat. Pendek kata, dengan adanya Power
 Bank ini anda tidak perlu mencari plug point untuk mengecas gajet anda. Anda boleh 
mengecas gajet anda pada bila-bila masa dan dimana-mana sahaja. Sangat mudah dan anda tak perlu risau kehabisan bateri apabila berada di luar.


3. Smartwatch


Dikenali sebagai SmartWatch, jam tangan pintar ini boleh dihubungkan dengan telefon bimbit anda dan membolehkan anda melihat dan mengakses fungsi-fungsi pilihan telefon anda, seolah-olahmenjadi perkara yang paling 'cool' dalam dunia aksesori mudah alih pada masa ini.

Ia mempunyai skrin 1.3 inci multi-sentuh paparan OLED  yang membolehkan anda mengakses fungsi telefon anda seperti panggilan, mesej, muzik serta aplikasi rangkaian sosial seperti Twitter danFacebook.


4. Pengecas henfon di kereta


Kit pengecas handphone dikereta amat penting apabila bateri low semasa perjalanan anda ke destinasi yang amat jauh.


5. Lensa camera


Bagi mereka yang meminati mengambil gambar. lensa ini akan membuatkan kamera biasa anda menjadi lensa pelbagai


6. USB driver | flash OTG


Alat ini berfungsi sebagai memori tambahan apabila memori henfon anda kekurangan dan juga fungsi anda penyimpan file untuk henfon anda


7. Card reader


Card reader ini digunakan untuk menyambungkan kad memori anda kepada komputer untuk penyimpanan file atau memindahkan file 


8. Monopod


Bagi mereka yang minat ber"selfie"



9. Bluetooth Headphone


Mendengar musik tanpa ganguan wayar yang berbelit-belit dan penggunaan yg selesa tanpa wayar



10. USB cable

Digunakan untuk menyambungkan kad memori anda kepada komputer untuk penyimpanan file atau memindahkan file 


11. Phone case

Menampakan smartphone anda lebih bergaya dan terkini


12. Pen stylus


Memudahkan anda untuk swipe skrin henfon dan lebih lancar



13.  Mini speaker


Sebagai alat tambahan kepada speaker henfon anda yg kurang kuat bunyi. Nampak kecik tapi bleh buat disko beb!!


 

0 comments:

Post a Comment